Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data dan Pelan Tindakan bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) Tahun 2027–2031 pada 29 September 2026 hingga 1 Oktober 2026. Bengkel yang diadakan di Hotel Mercure, Langkawi ini telah dihadiri oleh seramai 11 orang ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah LPNPP. Turut hadir pada sesi bengkel ini, YBrs. Tuan Khairulnizam bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif LPNPP.
Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan Pelan Antirasuah LPNPP yang akan menjadi panduan strategik dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta usaha pencegahan rasuah di LPNPP. Sepanjang bengkel, peserta telah melaksanakan proses mengenal pasti dan mendaftarkan risiko berkaitan rasuah, integriti dan tadbir urus serta menentukan inisiatif bagi menangani risiko yang telah didaftarkan.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Muhammad Rasyid Mohammad Rohim, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.









