22 Julai 2024 3:03 am

Bengkel Analisa Data dan Penilaian Risiko dalam Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Analisa Data dan Penilaian Risiko dalam Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 24 hingga 26 Jun 2024. Bengkel yang diadakan di Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia ini telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa OACP AIM. Turut hadir pada sesi bengkel ini adalah YBrs Tuan Haji Jani Izwandy bin Che Jan Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) AIM.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan dan pemantauan Corruption Risk Assessment (CRA) dalam penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang lebih sistematik selain untuk mewujudkan tata kelola yang terbaik dalam konteks pengurusan risiko bagi sesebuah organisasi melalui pencegahan ketirisan aspek integriti, tadbir urus dan rasuah.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan En Nur Imran Mohd Shaili, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 2
JUMLAH PELAWAT : 177122

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 22 Julai 2024

Skip to content