25 November 2026 3:22 pm

SESI PENILAIAN LAPANGAN DAN KONSULTASI SPINE – LANGKAH PROAKTIF SURUHANJAYA TENAGA MEMANTAPKAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS ORGANISASI

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan agensi kedua di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang telah selesai melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 10 November 2026 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya.

Komitmen tinggi dalam pelaksanaan SPINE ini mencerminkan kesungguhan pihak pengurusan atasan ST dalam usaha memantapkan dan memperkukuh integriti budaya kerja berintegriti seiring dengan tanggungjawab ST yang mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung dan Labuan.

Majlis pembukaan sesi disempurnakan oleh YBrs. Puan Mariatinawati Yusoff, Ketua Unit Integriti ST dan turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Jabatan ST. Beliau menegaskan ST sentiasa berusaha untuk memastikan pengamalan nilai integriti yang tinggi di kalangan warga kerja, terutama perkara yang melibatkan tadbir urus organisasi dan kawal selia industri pembekalan elektrik dan gas. Kerjasama penuh dan kesungguhan yang diberikan oleh para pegawai ST, terutama Unit Integriti sangat membantu sepanjang proses penilaian berlangsung. Sesi temubual, lawatan tapak dan semakan dokumen-dokumen sokongan adalah pembuktian fizikal bagi elemen-elemen berkaitan dalam sistem SPINE.

Sesi penilaian diketuai oleh Encik Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman, selaku Ketua Penilai dan dibantu oleh Puan Wan Nooraine Husin dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia (IIM). Melalui sesi-sesi ini, dapatan semakan, pembuktian dokumen dan syor penambahbaikan berkaitan elemen-elemen tertentu yang dikenalpasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada pihak ST dalam memperkukuhkan lagi mutu kerja, keberkesanan kawalan dalaman dan tadbir urus dengan lebih telus dan berintegriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 334
JUMLAH PELAWAT : 511569

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 November 2026

Skip to content