24 November 2026 12:05 pm

PROGRAM EXECUTIVE TALK BERSAMA PIBG SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Integriti Nasional 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Program Executive Talk Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor pada 23 November 2026 bertempat di Auditorium, IIM.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu yang menghimpunkan pentadbir sekolah, warga pendidik serta barisan kepimpinan PIBG bagi memperkukuh peranan keluarga, sekolah dan komuniti sebagai ekosistem penting dalam membudayakan nilai integriti sejak usia awal, selain memperluas peranan PIBG sebagai rakan strategik sekolah dalam menyokong pembudayaan integriti melalui kerjasama erat antara ibu bapa, guru dan komuniti.

Antara pengisian utama program ialah perkongsian Modul Integriti Keluarga (MIKe) yang disampaikan oleh Puan Zarina binti Mohamad Amin, Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, IIM. Perkongsian ini memberi penekanan kepada aspek keibubapaan (parenting), kepentingan komunikasi berkesan dalam keluarga serta penerapan nilai integriti sebagai asas pembentukan sahsiah dan jati diri anak-anak.

Program ini telah dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat, IIM dan Puan Aziah binti Amir, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penganjuran program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan lebih 500 peserta secara fizikal dan atas talian.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 146
JUMLAH PELAWAT : 510868

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 November 2026

Skip to content