12 November 2026 | Kuala Lumpur
Bahagian Bitara, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan awal bersama Jabatan Integriti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program dan inisiatif pengukuhan integriti.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peluang kolaborasi dalam memperkasakan pembudayaan integriti, meningkatkan kesedaran serta memperkukuh amalan tadbir urus yang baik dalam organisasi.
Diharapkan agar perbincangan ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama yang lebih erat antara IIM dan DBKL dalam usaha membudayakan integriti secara berterusan.







