10 October 2026 12:02 am

Kursus Integriti dan Etika Dalam Pelaksanaan Tugas Penguatkuasaan dan Kursus Pemantapan Integriti, Etika dan Profesionalisme Penguat kuasa Bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk menyampaikan Kursus Integriti dan Etika dalam Pelaksanaan Tugas Penguatkuasaan serta Kursus Pemantapan Integriti, Etika dan Profesionalisme Penguat Kuasa pada 6 Oktober 2026. Program yang berlangsung di Dewan Besar, Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth, Pulau Pinang ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang anggota penguat kuasa MBSP.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman anggota penguat kuasa mengenai kepentingan integriti, etika dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas, di samping memperkukuh keupayaan dalam mengenal pasti serta menangani risiko rasuah, salah guna kuasa dan konflik kepentingan. Kursus ini turut menekankan kepentingan melaksanakan tugas penguatkuasaan secara telus, profesional dan beretika bagi meningkatkan keyakinan serta kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
MIP-X Perak SADC

3 October 2026

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB) telah melaksanakan Modul Integriti Profesional X-Factor (MIP-X) bersama...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 0
JUMLAH PELAWAT : 494217

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 10 October 2026

Skip to content