7 October 2026 8:27 pm

MIP-X Perak SADC

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB) telah melaksanakan Modul Integriti Profesional X-Factor (MIP-X) bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) pada 29 September hingga 1 Oktober 2026 bertempat di Gopeng Highland Resort, Gopeng, Perak. Seramai 33 orang peserta yang join

Kursus MIP-X yang berteraskan aktiviti luar bilik darjah melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (Experiential Learning) ini bertujuan untuk membudayakan nilai-nilai integriti, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan etika profesional serta membentuk jati diri dan kepimpinan berintegriti dalam kalangan warga kerja Perak SADC.

Seramai 33 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Menerusi pelbagai aktiviti interaktif, cabaran berkumpulan dan simulasi situasi sebenar, para peserta berpeluang meningkatkan kemahiran komunikasi, memperkukuh semangat kerja berpasukan, mengasah keupayaan membuat keputusan serta membina kepercayaan dan semangat kerjasama. Pendekatan ini turut memberi penekanan kepada penerapan nilai integriti, kepimpinan dan tanggungjawab dalam setiap tindakan, sekali gus membentuk budaya kerja yang lebih harmoni, beretika dan berintegriti dalam organisasi.

Kursus ini dikendalikan oleh barisan fasilitator IIM yang diketuai oleh Encik Muhamad Khairul Aman selaku Ketua Fasilitator, dengan dibantu oleh Encik Abdul Rahim, Encik Khairul Azwan dan Encik Wan Nuhairy. Pengalaman dan bimbingan barisan fasilitator ini memainkan peranan penting dalam memastikan setiap aktiviti berjalan lancar serta mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB). Majlis penutup ini menjadi simbolik kepada berakhirnya sesi pembelajaran serta penghargaan terhadap komitmen dan penglibatan aktif semua peserta sepanjang kursus berlangsung.

Pendekatan pembelajaran yang menggabungkan pengalaman, refleksi dan aplikasi dalam konteks pekerjaan ini diharap dapat memberikan impak yang bermakna kepada peserta, sekali gus mendorong mereka untuk mengamalkan nilai integriti secara konsisten dalam melaksanakan tanggungjawab profesional.

Pelaksanaan kursus ini turut mencerminkan komitmen IIM dalam memperkasa pembangunan modal insan berintegriti melalui pendekatan pembelajaran yang dinamik, praktikal dan berkesan, selaras dengan usaha melahirkan warga kerja yang beretika, bertanggungjawab dan berdaya saing.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
MIP-X Perak SADC

3 October 2026

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB) telah melaksanakan Modul Integriti Profesional X-Factor (MIP-X) bersama...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 639
JUMLAH PELAWAT : 493067

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 7 October 2026

Skip to content