6 August 2026 10:35 am

Sesi Libat Urus (SLU) bagi pembangunan Indeks Integriti Malaysia (InTeM)

BUKIT AMAN, 3 Ogos 2026 -Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput ke Mesyuarat penyelarasan pengumpulan data dalam Sesi Libat Urus (SLU) bagi pembangunan Indeks Integriti Malaysia (InTeM) dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDH SAC Zulkiflee Rashid, Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisian Am, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), PDRM.


Sesi ini menghimpunkan wakil-wakil daripada pelbagai jabatan dan unit di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), antaranya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Pengurusan (JP), Cawangan Khas serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Sesi libat urus ini bertujuan memberikan penerangan mengenai InTeM serta proses pemungutan data Indeks Integriti Malaysia (InTeM) daripada PDRM, di samping memperkukuh kefahaman mengenai keperluan data, kaedah pelaporan serta peranan setiap unit dalam menyokong pembangunan indeks ini. Kerjasama erat antara IIM dan PDRM diharapkan dapat memastikan data yang dikumpulkan adalah komprehensif, berkualiti dan mampu menyokong pengukuran tahap integriti secara lebih menyeluruh kelak.


IIM telah diwakili oleh Puan Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan (BPY), Dr. Rashidah Kamarulzaman dan Puan Aufzalina Yusof.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 165
JUMLAH PELAWAT : 471834

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 6 August 2026

Skip to content