YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 11 Mac 2026. Delegasi IIM telah diraikan oleh YBrs. Pn Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM serta kepimpinan tertinggi ILIM.
Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik antara IIM dengan ILIM bagi beberapa program yang berasaskan pendidikan dan latihan. Kerjasama turut menjurus kepada perkongsian sumber dan infrastruktur latihan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak dalam usaha menyebar luas agenda integriti dan tatakelola baik.
Turut dibentangkan adalah beberapa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM. Antaranya adalah Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) merupakan satu sistem semakan kendiri untuk menilai tahap kesihatan integriti organisasi awam yang dibangunkan Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi memperkukuh integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam sektor awam.
Pengurusan IIM yang turut hadir adalah Puan Eizan Azura binti Zainudin, Ketua Pegawai Sektor Strategi, En. Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan awam dan Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Pusat Bahagian Komunikasi Korporat.










