27 Julai 2024 11:07 pm

Hari Integriti Encorp Berhad

Encorp Berhad telah menjemput Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai ahli panel forum yang bertajuk “Memimpin Tadbir Urus Dengan Berintegriti” bersempena Hari Integriti Encorp Berhad yang berlangsung pada 29 Februari 2024 di Strand Mall, Kota Damansara.

Forum yang dihadiri oleh hampir 80 orang warga kerja Encorp Berhad ini membincangkan pelbagai isu antaranya berkaitan integriti, tadbir urus dan rasuah yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta.

Antara isu yang dibincangkan ialah cabaran utama dalam memimpin tadbir urus dengan berintegriti, peranan penting seorang pemimpin dalam mengukuhkan integriti dan tadbir urus syarikat, kesan positif sekiranya integriti dan tadbir urus baik diamalkan oleh syarikat dan strategi terbaik bagi memastikan integriti sentiasa dikekalkan di dalam sesebuah organisasi.

Panel forum telah diwakili oleh YBrs. Encik Mohd Salihin bin Othman, Ahli Lembaga Pengarah IIM dan PSK Tuan Mohd Rizuan bin Baharin, Penguasa Kanan, Bahagian Seksyen Swasta, SPRM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 56
JUMLAH PELAWAT : 179039

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content