Pemerkasaan institusi agama dan budaya sebagai hub integriti komuniti melalui kepimpinan yang berwibawa, profesional dan berintegriti, penyediaan fasiliti yang moden serta inklusif, dan penglibatan aktif ketua masyarakat sebagai penggerak nilai integriti. Usaha ini dapat memperkukuh peranan institusi agama dan budaya sebagai pusat rujukan integriti, menyokong kelestarian adat dan budaya, serta membina komuniti yang harmoni, bersatu padu dan mengamalkan nilai integriti dalam kehidupan seharian.
Pembudayaan Integriti Melalui Gaya Hidup dan Kolaborasi Merentas Budaya melalui aktiviti sukan, seni, hiburan dan ekspresi budaya yang kreatif serta inklusif, dengan melibatkan masyarakat sivil, pelbagai kaum, agama, budaya dan media digital. Pendekatan ini dapat memperluas penyampaian mesej integriti, menggalakkan penyertaan masyarakat serta membina budaya yang harmoni, bertanggungjawab dan berakauntabiliti.
Produktif bukan bermaksud kita perlu sentiasa “penuh”.
Kalendar penuh. Kepala penuh. Hari pun penuh.
Kadang-kadang, ruang kosong itulah yang kita perlukan untuk berhenti seketika, berfikir dengan lebih jelas dan kembali fokus kepada perkara yang benar-benar penting.
Kerana produktiviti yang sihat bukan tentang buat lebih banyak — tetapi tahu bila perlu bergerak, dan bila perlu beri ruang kepada diri sendiri.