12 Oktober 2024 9:24 am

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Video Lagu Integriti

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Video Lagu Integriti anjuran bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) telah diadakan pada 24 Februari 2024 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan turut dihadiri oleh YBrs En. Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi, IIM; YBrs Tuan Haji Jais Abdul Karim, Presiden MCW; serta wakil Pegurusan Tertinggi IIM dan MCW.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Kolej Vokasional Batu Lanchang, Pulau Pinang dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000. Penyertaan secara percuma ini secara langsung dapat mengasah bakat dan kemahiran golongan belia untuk berfikir secara kreatif bagi menghasilkan medium penyampaian maklumat kepada masyarakat dengan menarik.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memperkasa dan meningkatkan penerapan budaya integriti dengan lebih berkesan dalam kalangan belia yang merupakan akar umbi masyarakat Malaysia yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.

Antara lain, ini adalah salah satu inisiatif IIM dan MCW untuk menyebarluaskan pengetahuan mengenai integriti, mempelbagaikan bahan promosi integriti untuk siaran di pelbagai media demi melestari budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia amnya.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 40
JUMLAH PELAWAT : 206192

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 Oktober 2024

Skip to content