Kunjungan hormat ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Roslan bin Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 17 Januari 2024.

Selain mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak, kunjungan hormat ini membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik di setiap lapisan masyarakat melalui pendekatan pelancongan, seni dan budaya. Antara program yang menjadi perhatian pihak MOTAC adalah cadangan untuk mengadakan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) di peringkat nasional dengan membabitkan agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan MOTAC.

Pihak MOTAC juga menyambut baik hasrat IIM untuk berkerjasama secara strategik dalam penganjuran program seni dan budaya seperti pementasan teater dan sebagainya.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 6
NUMBER OF VISITORS : 176734

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 July 2024

Skip to content