Portal Rasmi

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Kalendar

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Semakan Inisiatif, Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data bagi Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) pada 5 hingga 7 Mei 2025. Bengkel ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah JKKN Encik Mohd Amran bin Mohd Haris serta Ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelan Pencegahan Rasuah JKKN.

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) yang telah dibangunkan sebelum ini selain memberi pemahaman yang jelas mengenai mekanisma pelaksanaan dan pemantauan Corruption Risk Assessment (CRA). Inisiatif ini merupakan penyediaan Pelan Pencegahan Rasuah yang lebih sistematik dan mewujudkan tata kelola yang terbaik dalam konteks pengurusan risiko bagi sesebuah organisasi melalui pencegahan ketirisan aspek integriti, tadbir urus dan rasuah.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Atia Shahirah Binti Mustapha dan Encik Muhamad Khairul Azmir bin Mohd Paiz, Konsultan Institut Integriti Malaysia.
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama School of Goverment (SoG) Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan ‘International Conference on Government and Public Affairs’ (ICOGPA) kali ke-4 pada 19 & 20 Mei 2025 bertemakan “Resilient Governance and Integrity in the Age of Global Challenges”.

Pelbagai forum berkaitan integriti dan tatakelola akan diadakan melibatkan panel-panel seperti YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara; YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Haji Mohd Shukor Haji Mahfar, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UUM dan Profesor Madya Dr Sataporn Roengtam, Mahidol University. Panel-panel akan mengupas tentang kejayaan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan budaya integriti dan tadbir urus baik.

Persidangan ini juga akan dimuatkan dengan perkongsian pengalaman berkaitan integriti dan tatakelola oleh YBhg. Dato’ Sri Abdul Ghafur Shariff, Ketua Ombudsman Sarawak dan YS PKPJB Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Darul Aman. Agensi-agensi ini merupakan pemenang Anugerah Integriti dan Governans (AIGA) iaitu anugerah berprestij yang dianjurkan oleh IIM secara dwi tahunan.

Di dalam persidangan ini juga para penyelidik negara-negara ASEAN akan membentangkan hasil kajian mereka berkaitan integriti dan tadbir urus.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pegawai-pegawai di sektor awam dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

#AIGA2025

******************************

The Malaysian Institute of Integrity (IIM), in collaboration with the School of Government (SoG), Universiti Utara Malaysia (UUM), will be organising the 4th International Conference on Government and Public Affairs (ICOGPA) on 19–20 May 2025, with the theme:
“Resilient Governance and Integrity in the Age of Global Challenges”.

This conference will feature a series of thought-provoking forums on integrity and governance, with distinguished panellists including YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Auditor General of Malaysia, YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Haji Mohd Shukor Haji Mahfar, Chairman of the UUM Board of Directors, and Associate Professor Dr. Sataporn Roengtam, Mahidol University.

The sessions will explore the successes of various initiatives aimed at strengthening integrity culture and advancing good governance practices.

Participants will also benefit from experience-sharing sessions led by YBhg. Dato’ Sri Abdul Ghafur Shariff, Chief Ombudsman of Sarawak, and YS PKPJB, Director of the Kedah Fire and Rescue Department

These agencies are recipients of the Integrity, Governance, and Anti-Corruption Award (AIGA), a prestigious biennial award organised by IIM to recognise excellence in governance and integrity practices.

The conference will also host researchers from ASEAN countries who will present their findings on governance and integrity-related studies.

Participation is open to all public sector officials and researchers from both public and private higher education institutions.

#AIGA2025
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗔𝗻𝘁𝗶𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻

Menjelang 2026, semua syarikat yang membida projek kerajaan bernilai RM100 juta ke atas diwajibkan memiliki pensijilan ISO 37001:2016 (Anti-Bribery Management System). Inisiatif ini dijangka menjadi pemangkin kepada amalan integriti yang lebih tinggi dalam tadbir urus sektor awam dan swasta.

Pensijilan ini bukan sekadar keperluan tambahan, tetapi satu instrumen penting dalam membina sistem yang lebih telus, berakauntabiliti dan profesional, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan memperkukuh reputasi negara di peringkat antarabangsa.

Ketahui lebih lanjut tentang impak pensijilan ini terhadap sektor korporat, ekonomi negara serta saranan penambahbaikan dalam artikel penuh tulisan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Tuan Haji Rahman Mohd Din.

Baca artikel penuh di sisipan akhbar Utusan Malaysia.

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
#UtusanMalaysia

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 187
JUMLAH PELAWAT : 283849

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 9 Mei 2025

Skip to content