4 July 2026 2:01 am

Taklimat Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Taklimat Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 3 Julai 2026 bertempat di Bilik Mahkota Alam, Aras 9, Setia Perkasa 7.

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM, dan turut dihadiri oleh Dr. Adam bin Abu Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah serta barisan pengurusan tertinggi JPPM.

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai pelaksanaan SPINE sebagai satu kerangka pengurusan yang komprehensif dalam memperkukuh budaya integriti, memperkasa tadbir urus yang baik serta mempertingkat pengurusan risiko rasuah secara sistematik dan mampan di peringkat organisasi.

Diharapkan sesi ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan JPPM dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berteraskan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang cemerlang, selaras dengan aspirasi memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Sesi ini telah dihadiri oleh Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Timbalan Pengarah dan Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 30
JUMLAH PELAWAT : 457682

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 4 July 2026

Skip to content