1 July 2026 9:02 pm

Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE – Langkah proaktif Kementerian Pertahanan Malaysia

Kementerian Pertahanan telah mengambil langkah proaktif dalam mendukung pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) menerusi Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan yang telah diadakan pada 29 Jun 2026 bersama Institut Integriti Malaysia (IIM). Pelaksanaan ini jelas menggambarkan kesungguhan kementerian dalam memantapkan pembudayaan integriti, memperkukuh tadbir urus yang baik serta meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem penyampaian perkhidmatan, selaras dengan peranannya dalam memastikan pertahanan negara terus kukuh, berdaya tahan dan berpaksikan kepentingan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Sesi tersebut telah membuka ruang kepada pihak IIM untuk meneliti semula maklumat penilaian kendiri yang telah dikemukakan oleh Kementerian Pertahanan melalui portal SPINE. Semakan ini turut merangkumi penelitian terhadap bukti sokongan, permohonan penjelasan lanjut serta sesi konsultasi berhubung aspek-aspek yang masih boleh dipertingkatkan. Inisiatif yang dilaksanakan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan agenda integriti dan governans bukan sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, malah benar-benar diterapkan dalam pengurusan organisasi serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.

Pada masa yang sama, ruang penambahbaikan sentiasa wujud dan perlu diperkukuh secara berperingkat dari semasa ke semasa. Inilah antara prinsip utama SPINE, iaitu membantu agensi menilai tahap pelaksanaan semasa, mengenal pasti jurang yang masih ada serta merangka penambahbaikan secara berterusan. Pendekatan ini turut menyokong usaha Kementerian Pertahanan dalam memperkukuh kecekapan pengurusan, keberkesanan pelaksanaan dasar dan program, serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan demi memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara sentiasa berada pada tahap terbaik. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman dan Encik Nur Imran Mohd Shaili dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 567
JUMLAH PELAWAT : 456740

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 1 July 2026

Skip to content