4 September 2026 10:54 pm

SEDIA Sahut Cabaran SPINE, Terus Perkasa Integriti dan Governans

Sabah, 1 September 2026 – Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) merupakan agensi ketiga di bawah Kementerian Ekonomi yang melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bersama Institut Integriti Malaysia (IIM). Langkah ini mencerminkan kesediaan SEDIA untuk menilai pelaksanaan semasa, mengenal pasti jurang serta memperkukuh amalan integriti dan governans secara berterusan.
Sesi dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Ketua Eksekutif SEDIA, yang menyifatkan SPINE sebagai peluang untuk menilai keberkesanan inisiatif integriti dan governans yang telah dilaksanakan. Beliau turut menegaskan bahawa SEDIA memberi keutamaan kepada pelaksanaan SPINE agar usaha organisasi sentiasa selaras dengan dasar, arahan dan keperluan semasa Kerajaan. SEDIA percaya SPINE mampu menyediakan kerangka yang lebih tersusun untuk menilai, memantau dan memperkukuh aspek integriti, governans dan antirasuah secara sistematik.
Sesi diketuai oleh Encik Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman dan dibantu oleh Encik Nabil Eiman Azman dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM. Sepanjang sesi, pasukan penilai meneliti penilaian kendiri dan dokumen pembuktian, mendapatkan penjelasan serta memberikan pandangan, panduan dan cadangan yang membina terhadap ruang penambahbaikan yang dikenal pasti.
Dapatan dan syor penambahbaikan daripada sesi ini diharapkan dapat membantu SEDIA memperkukuh dasar, kawalan dalaman dan amalan governans, di samping membentuk pelan tindakan penambahbaikan yang lebih berfokus, praktikal dan boleh dipantau. Pendekatan ini seterusnya menyokong usaha SEDIA membudayakan integriti dalam pengurusan organisasi serta melaksanakan mandat pembangunan ekonomi dan pelaburan Sabah secara telus dan berakauntabiliti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 351
JUMLAH PELAWAT : 481838

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 4 September 2026

Skip to content