𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗦𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗧𝗮𝘁𝗮𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 (𝗜𝗣𝗖𝗖) 𝗸𝗲 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗜𝗜𝗠)
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) pada 3 November 2025 (Isnin) bertempat di Menara Integriti.
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama barisan anggota Suruhanjaya iaitu Puan Kartina binti Zamhari dan Dato’ Shukri bin Abdullah, serta pegawai kanan IPCC termasuk Puan Siti Jalilah binti Abd Manap (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Muhammad Hamizan bin Mohamed Shafie (Penolong Pengarah).
Tujuan kunjungan ini adalah bagi memberi penerangan dan memperkenalkan fungsi serta peranan IPCC, memperkukuhkan hubungan strategik, serta berkongsi maklumat kolaborasi bersama antara kedua-dua pihak.
Turut hadir mewakili IIM ialah YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, bersama pegawai kanan IIM yang lain.
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik ke arah memperkasa ekosistem tadbir urus dan integriti nasional.
#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti