𝗧𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴 𝗡𝘆𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗕𝘂𝗻𝘆𝗶𝗻𝘆𝗮: 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗛𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮
Pernah atau tidak anda melihat rakan sekerja yang mempunyai kemahiran memberi pelbagai komen tentang sesuatu kerja yang dia sendiri tidak tahu bagaimana ia sepatutnya dilaksanakan?
Fenomena pekerja yang hebat dari segi kritikan tetapi pasif dalam pelaksanaan selalunya 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗿𝗲𝗹𝗲𝘃𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗿𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻. Individu sebegini berkemungkinan mengalami 𝗗𝘂𝗻𝗻𝗶𝗻𝗴-𝗞𝗿𝘂𝗴𝗲𝗿 𝗲𝗳𝗳𝗲𝗰𝘁, di mana mereka merasakan diri mereka amat berpengetahuan walaupun kekurangan pemahaman praktikal tentang kesukaran sesuatu tugas. Selain itu, budaya organisasi yang terlalu berlembut dan tidak menetapkan akauntabiliti yang jelas turut memberi ruang selesa untuk mereka terus bersuara tanpa perlu menyumbang sebarang hasil kerja yang konkrit.
Bagi menangani isu ini, kepimpinan organisasi perlu mengubah kaedah interaksi dengan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗰𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻. Apabila mereka mengemukakan pandangan atau teguran, pimpinan hendaklah secara rasmi melantik mereka untuk mengetuai serta melaksanakan cadangan berkenaan bersama garis masa dan sasaran pencapaian yang jelas. Langkah ini bukan sahaja menguji keupayaan sebenar mereka, malah secara beransur-ansur menyaring komen yang bernas daripada sekadar omongan kosong yang menjejaskan moral pasukan.
Hendak komen? Buktikan ia boleh dilaksanakan.
#IntegritiDiHati #ActionOverWords