22 Februari 2024 9:31 am

Lawatan kerja ke Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri

YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan lawatan kerja ke atas YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri pada 23 Januari 2024.

Sesi lawatan kerja ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak terutama mengenai pengurusan hartanah yang dikawal selia oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

IIM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya atas perlantikan YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor sebagai Setiausaha Bahagian, Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

Newsletter