𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗚𝘂𝗻𝗮, 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 ‘𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻’: 𝗙𝗹𝘂𝘀𝗵, 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵, 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗕𝗲𝗿𝗲𝗱𝗮𝗿
Kebersihan diri merupakan salah satu cerminan sikap, disiplin dan rasa hormat seseorang terhadap orang lain dalam sesebuah organisasi. Persekitaran kerja yang bersih dan selesa bukan hanya bergantung kepada pihak pengurusan atau pekerja pembersihan, sebaliknya memerlukan tanggungjawab bersama setiap warga kerja. Amalan mudah seperti menjaga kebersihan badan, memastikan pakaian sentiasa bersih, menggunakan wangian secara bersesuaian serta menjaga kebersihan ruang yang digunakan bersama mampu memberi keselesaan kepada rakan sekerja dan mewujudkan suasana kerja yang lebih profesional.
Perhatian khusus juga perlu diberikan kepada kebersihan tandas kerana kemudahan tersebut digunakan secara bersama. Perbuatan meninggalkan tandas dalam keadaan kotor, khususnya 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴 ‘𝗵𝗮𝗷𝗮𝘁’ 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗽𝗮𝗺 (𝙛𝙡𝙪𝙨𝙝), bukan sahaja menimbulkan bau yang tidak menyenangkan, malah menunjukkan kurangnya keprihatinan terhadap pengguna seterusnya. Setiap individu hendaklah memastikan tandas ditinggalkan dalam keadaan bersih, mengepam selepas digunakan dan memastikan tiada kesan atau kekotoran yang tertinggal. Sikap pengotor mungkin dianggap perkara kecil oleh sesetengah pihak, tetapi apabila berlaku berulang kali, ia boleh menjejaskan keselesaan, hubungan sesama warga kerja dan imej profesional organisasi. Kebersihan bermula daripada diri sendiri — gunakan kemudahan bersama sebagaimana kita sendiri mahu menerimanya dalam keadaan bersih dan selesa.
#JagaKebersihan #JanganLupaFlush #TandasBersihTanggungjawabBersama #IntegritiDiHati