8 April 2026 4:34 am

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia12 hours ago
𝗣𝗜𝗦𝗣𝗔, 𝗜𝗜𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗜𝗞𝗠𝗮

Pusat Integriti Sektor Perniagaan & Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Koperasi Malaysia dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kolaborasi khususnya dalam pelaksanaan Sistem Integriti Korporat Malaysia kepada koperasi berskala besar dan sederhana di Malaysia.

Dalam sesi tersebut, pegawai PISPA telah memberikan penerangan terperinci berkaitan Program CISM serta rantaian produk berkaitan, termasuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan pematuhan organisasi.

Diharapkan kerjasama ini dapat memperluaskan pelaksanaan budaya integriti dalam sektor koperasi serta menyokong agenda pembangunan organisasi yang lebih telus dan berdaya tahan.

#CISM #Integriti #TadbirUrus #IIM #IKMa #Koperasi #MalaysiaMADANI

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri

#institutintegritimalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia14 hours ago
𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗚𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗙𝗢𝗡 𝗜𝗜𝗠

Dimaklumkan bahawa talian telefon Institut Integriti Malaysia (IIM) sedang mengalami gangguan buat sementara waktu.

Sehubungan itu, untuk sebarang urusan atau komunikasi dengan pihak IIM, orang ramai boleh menggunakan saluran e-mel di [email protected].

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama anda.

#institutintegritimalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
Dalam sesebuah organisasi, terdapat segelintir pekerja yang cenderung membina persepsi bahawa diri mereka sentiasa dipinggirkan, disalah faham atau menjadi mangsa keadaan, tanpa menilai secara objektif peranan dan tanggungjawab sendiri. Mereka mudah melihat cabaran sebagai ketidakadilan, sukar menerima teguran, serta lebih fokus kepada naratif “disakiti” berbanding mencari penyelesaian. Corak tingkah laku ini, jika tidak dikawal, boleh menjejaskan momentum pasukan dan mengganggu keharmonian tempat kerja.

Sebaliknya, pekerja yang berdaya maju menunjukkan keupayaan untuk mengurus emosi dengan baik serta menilai sesuatu situasi secara rasional dan seimbang. Mereka melihat cabaran sebagai peluang pembelajaran, menerima maklum balas secara terbuka, dan berusaha memperbaiki diri secara berterusan. Sikap proaktif, kejelasan komunikasi dan kesediaan untuk bekerjasama menjadikan mereka aset penting dalam memastikan kelancaran operasi dan pencapaian matlamat organisasi.

Pekerja cemerlang juga menonjol melalui integriti, akauntabiliti dan komitmen yang tinggi terhadap tugas. Mereka tidak hanya menumpukan kepada prestasi individu, tetapi turut menyumbang kepada suasana kerja yang positif dan saling menyokong. Dengan mengamalkan nilai profesionalisme, menghormati perbezaan, dan sentiasa berorientasikan penyelesaian, mereka membantu membina organisasi yang lebih kukuh, harmoni dan berdaya tahan dalam jangka panjang.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti

Produk-Produk Baharu IIM

Sistem Pengurusan Integriti Dan Governans (SPINE)

Modul Integriti Keluarga (MIKe)

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 18
JUMLAH PELAWAT : 425850

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 April 2026

Skip to content