Insya-Allah di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini, saya akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif dan beberapa pengumuman penting untuk digerakkan sepanjang tahun ini.
“Pelaksanaan ujian integriti secara rawak ke atas pegawai agensi ini boleh mengekalkan tahap integriti serta membina budaya kerja yang baik dan akauntabiliti dalam AKPS.”
– YBhg. Dato’ Sri Dr. Akhbar bin Satar, Ahli Lembaga Pengarah IIM
Institut Integriti Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga tahun 2026 disemarakkan dengan azam yang lebih jitu, komitmen yang berterusan serta keazaman untuk terus menjunjung nilai integriti, amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan negara.