5 March 2026 5:58 pm

Mesyuarat Kajian Indeks Integriti Malaysia

YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mempengerusikan Mesyuarat Kajian Indeks Integriti Malaysia pada 27 Februari 2026. Mesyuarat ini diadakan bagi meneliti dapatan semasa serta merangka hala tuju dan pelaksanaan pembangunan Indeks Integriti Malaysia (InTeM) bagi fasa seterusnya.

Dalam sesi tersebut, Prof. Dr. Yarina Ahmad, Penolong Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkap Ketua Penyelidik Kajian InTeM, telah membentangkan dapatan komprehensif kajian yang merangkumi analisis data, pendekatan metodologi serta input substantif bagi memperkukuh kesahan, kebolehpercayaan dan integriti keseluruhan instrumen pengukuran.

Sesi ini menjadi platform penting dalam memastikan pembangunan InTeM dilaksanakan secara teliti, berasaskan bukti dan selari dengan aspirasi nasional untuk memperkukuh pembudayaan integriti di Malaysia. Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif dan strategik turut dihadiri oleh Puan Norasikin Baharudin, Ketua Pegawai Sektor Strategi (T); Dr. Rashidah Kamarulzaman, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan (BPY) serta barisan penyelidik UiTM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 347
JUMLAH PELAWAT : 417537

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 5 March 2026

Skip to content