Sempena Ramadan tahun ini, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan dengan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM melibatkan penyerahan amanah kepimpinan daripada YBhg. Datuk Ahmad Ramdzan bin Daud kepada YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Insentif Khas Kewangan kepada waris pegawai Allahyarham Tuan Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar dan Allahyarham Tuan Haji Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti mereka kepada institusi.
Seterusnya, para tetamu dihidang dengan pengisian rohani dan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) diikuti majlis berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah serta jamuan makan dalam suasana penuh ukhwah dan kebersamaan.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia bersama Ahli Lembaga Pengarah dan warga IIM.


















