14 September 2026 3:44 pm

Latihan Ethics & Integriti (E&I) Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Latihan Ethics & Integrity (E&I) siri 2/2026 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak pada 10 September 2026. Sesi latihan yang diadakan di Hotel Tanahmas Sibu ini telah dihadiri seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada jabatan dan agensi Sarawak.

Latihan ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta mengenai nilai etika dan integriti sebagai asas kepada kepimpinan yang berkesan dan berwibawa. Melalui latihan ini, peserta didedahkan kepada kepentingan mengamalkan kepimpinan yang berakauntabiliti dan telus serta membuat keputusan yang berlandaskan prinsip etika, moral dan peruntukan undang-undang. Penekanan turut diberikan terhadap amalan memimpin melalui teladan (leading by example), pencegahan salah laku dan rasuah serta usaha membentuk budaya organisasi yang berintegriti, beretika dan bertanggungjawab.

Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Encik Ruben Raj Samuel dan Encik Nur Imran Mohd Shaili, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 352
JUMLAH PELAWAT : 484827

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 September 2026

Skip to content