27 Julai 2024 7:12 pm

Kunjungan ke Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 21 Mei 2024 bertempat di Ibu Pejabat LPPKN.

Kunjungan ini diadakan bagi mewujudkan kerjasama lebih spesifik antara IIM dan LPPKN khususnya dalam pembangunan modul integriti keluarga dan perancangan pelaksanaan program-program integriti kepada sektor keluarga.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan idea-idea dalam merancang beberapa inisiatif bersama terutama semasa Bulan Integriti Nasional dan Bulan Kekeluargaan Kebangsaan yang akan disambut pada bulan November hadapan.

Kunjungan dari PPIK IIM telah diketuai oleh Timbalan Pengarah PPIK, Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman bersama pegawai-pegawai pusat manakala perjumpaan telah dipengerusikan oleh Pengarah BKK, Puan Rosmonaliza Abdul Ghani yang turut dihadiri oleh ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai bahagian.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 50
JUMLAH PELAWAT : 179033

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content