16 March 2026 11:52 am

Kunjungan hormat kerjasama strategik antara IIM dengan EAIC

YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada 11 Mac 2026.

Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik antara IIM dengan EAIC bagi beberapa program antaranya ialah pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) kepada agensi penguatkuasa serta beberapa inisiatif lain seperti Individual Integrity Profilling (IIP) dan Modul Integriti Penguatkuasa (MIP). Turut dibincangkan tentang Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) dalam usaha untuk menjadikan integriti sebagai budaya warga Malaysia.

Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) merupakan satu sistem semakan kendiri untuk menilai tahap kesihatan integriti organisasi awam yang dibangunkan Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi memperkukuh integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam sektor awam. Kunjungan hormat ini merupakan langkah awal yang dilakukan oleh IIM dalam usaha pelaksanaan SPINE ke atas agensi penguatkuasa. Hal ini yang selaras dengan hasrat YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar semua agensi penguatkuasa hendaklah melaksanakan SPINE sepenuhnya.

Pengurusan IIM yang turut hadir adalah En. Harisham Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi, Pn. Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan, En Izal Arif Zahrudin, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Korporat dan Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 185
JUMLAH PELAWAT : 420296

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 March 2026

Skip to content