Pada 25 Jun 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh Encik Kamarulzaman bin Ahmad, Pengarah Jabatan Integriti dan bersama pegawai kanan yang lain. Kunjungan ini telah disambut oleh pihak IIM yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, bersama barisan pengurusan IIM.
Sesi ini turut diteruskan dengan mesyuarat susulan hasil daripada Memorandum Persefahaman (MoU) antara IIM dan DBKL, khususnya bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membudayakan integriti dalam kalangan warga kerja DBKL. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada perkongsian pengalaman dan maklum balas berkaitan penyertaan DBKL dalam Anugerah Integriti Governans Awam (AIGA) selain mendapatkan status pelaksanaan SPINE. Mesyuarat ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memacu agenda integriti, tadbir urus baik dan akauntabiliti organisasi.













