21 June 2026 2:52 am

Integriti & Akauntabiliti Penjawat Awam dan Nilai & Etika Penjawat Awam dalam Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1/2024

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk Integriti & Akauntabiliti Penjawat Awam dan Nilai & Etika Penjawat Awam dalam Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1/2024 di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) pada 30 April 2024.

Ceramah yang telah dihadiri oleh wakil Pegawai Penguatkuasa daripada pelbagai agensi dari seluruh Negeri Selangor ini adalah bertujuan untuk berkongsi pemahaman asas mengenai Nilai, Etika, Akauntabiliti dan Integriti dalam menjadi warga kerja yang berintegriti sebagai penguatkuasa dan penjawat awam.

Peserta juga telah didedahkan dengan tugasan kajian kes untuk memberi respon kepada isu-isu integriti dan dilema etika. Ceramah telah disampaikan oleh En. Abdul Rahman bin Abdullah, Konsultan Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
KURSUS ETIKA KERJA

25 May 2026

Kursus Etika Kerja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 21 Mei 2026 sebagai salah satu inisiatif Institut Integriti Malaysia...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 24
JUMLAH PELAWAT : 451321

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 June 2026

Skip to content