Pada 15 September 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.
Pemeteraian MoU ini membuka ruang kepada IIM dan IKIM untuk memperluas kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk pelaksanaan program, penyelidikan, penerbitan, perkongsian kepakaran serta inisiatif berkaitan etika, integriti dan pembangunan ilmu.
Kerjasama strategik ini turut mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam menggembleng kepakaran dan sumber bagi memperluas agenda pembudayaan integriti, pengukuhan nilai serta penyebaran ilmu kepada masyarakat.
IIM dan IKIM berharap sinergi yang terjalin dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembentukan masyarakat berilmu, beretika dan berintegriti.



















