15 July 2026 2:23 pm

BENGKEL PEMURNIAN MODUL INTEGRITI KEPIMPINAN KOMUNITI (MIKK)

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Modul Integriti Kepimpinan Komuniti (MIKK) pada 13 Julai 2026 bertempat di Institut integriti Malaysia. Bengkel adalah sebagai usaha memperkukuh kandungan latihan integriti komuniti agar lebih tersusun, praktikal dan sesuai dengan keperluan pemimpin, jawatankuasa serta penggerak komuniti di lapangan.

Bengkel ini turut dihadiri oleh peserta terpilih daripada pelbagai bidang sebagai pakar rujuk bagi memberi pandangan, semakan dan cadangan penambahbaikan terhadap kandungan modul, pendekatan pembelajaran, kesesuaian aktiviti serta kebolehgunaan modul dalam konteks pelaksanaan sebenar di peringkat komuniti.

Bengkel ini memberi tumpuan kepada pemurnian keseluruhan struktur modul yang merangkumi Tahap 1: Asas (Basic) dan Tahap 2: Lanjutan (Advance). Bagi Tahap 1, modul memberi penekanan kepada pembinaan kefahaman asas integriti komuniti, pengukuhan institusi kepimpinan komuniti serta pengenalpastian isu dan cabaran integriti dalam kepimpinan komuniti. Fokus ini penting bagi memastikan peserta memahami nilai, peranan, tanggungjawab dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh pemimpin komuniti.

Bagi Tahap 2, bengkel memberi penekanan kepada pengukuhan keupayaan peserta dalam mengurus komuniti secara lebih sistematik melalui tiga komponen utama iaitu pengurusan berkesan dan tadbir urus integriti, pengurusan risiko integriti komuniti serta pelan tindakan risiko, pemantauan dan tindakan kolektif. Kandungan ini disusun supaya peserta bukan sahaja memahami integriti sebagai nilai, tetapi mampu menterjemahkannya kepada amalan kerja, rekod, kawalan, pemantauan dan tindakan susulan yang jelas.

Antara elemen utama yang dibincangkan dalam bengkel ini ialah kesesuaian struktur topik dan sub topik, penggunaan bahasa yang mudah difahami, aktiviti pembelajaran, contoh kes komuniti, template kerja peserta serta mekanisme pemantauan. Bengkel turut meneliti penggunaan pendekatan POLC dalam pengurusan komuniti, prinsip TREE dalam tadbir urus integriti, kaedah penilaian risiko, pembinaan Matrix Risiko, serta penggunaan Log Aduan, Daftar Risiko dan Tracker Tindakan sebagai alat pemantauan komuniti.

Pelaksanaan bengkel ini menegaskan bahawa pembudayaan integriti komuniti tidak boleh bergantung kepada kesedaran nilai semata-mata. Ia perlu disokong oleh sistem kerja yang jelas, kepimpinan yang bertanggungjawab, proses membuat keputusan yang telus, rekod yang kemas, pengurusan risiko yang berkesan serta tindakan kolektif yang berterusan.
IIM komited untuk terus memperkukuh agenda integriti di peringkat akar umbi melalui pembangunan modul yang relevan, mudah digunakan dan berimpak kepada komuniti. Melalui MIKK, diharapkan pemimpin dan penggerak komuniti dapat membina organisasi yang lebih berintegriti, dipercayai, berdaya urus dan bertanggungjawab.

Integriti Diperkukuh, Komuniti Diperkasa.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 309
JUMLAH PELAWAT : 462488

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 July 2026

Skip to content