23 October 2026 5:06 am

JKR Malaysia Perkukuh Komitmen Pembudayaan Integriti dan Governans Melalui SPINE

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama IIM sebagai usaha memperkukuh integriti dan governans dalam pengurusan serta penyampaian perkhidmatan infrastruktur negara. Pelaksanaan ini mencerminkan komitmen JKR dalam memastikan nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti diterapkan secara menyeluruh dalam pengurusan dan pelaksanaan tanggungjawab jabatan.

Dalam ucapan pembukaan, Ir. Nooraini binti Ibrahim, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) JKR Malaysia, menekankan bahawa integriti dan governans bukan sekadar pematuhan kepada peraturan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui amalan kerja yang berkesan di setiap peringkat organisasi. Komitmen kepimpinan tertinggi turut dizahirkan melalui penstrukturan semula Unit Integriti yang diletakkan secara langsung di bawah Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya bagi memperkukuh fungsi integriti serta keberkesanan pemantauan jabatan.

Sesi ini dikendalikan oleh tiga pegawai daripada Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM iaitu Encik Nabil Eiman bin Azman, Encik Nur Imran bin Mohd Shaili dan Encik Ruben Raj a/l Samuel. Sepanjang sesi, pasukan IIM melaksanakan semakan dokumen, penelitian bukti serta konsultasi bersama pegawai berkaitan bagi mengesahkan pelaksanaan elemen SPINE, di samping mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam pengurusan integriti dan governans JKR.

JKR turut menegaskan bahawa pelaksanaan SPINE bukan sekadar memenuhi keperluan penilaian atau pensijilan, sebaliknya menjadi peluang untuk menilai keberkesanan inisiatif dan mengenal pasti jurang sedia ada. Maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada IIM diharap dapat diterjemahkan kepada tindakan susulan yang lebih berfokus bagi memperkukuh pembudayaan integriti, dan kawalan dalaman secara berterusan di seluruh peringkat jabatan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 14
JUMLAH PELAWAT : 499845

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 23 October 2026

Skip to content