17 September 2026 7:44 pm

MOF Perkukuh Pengurusan Kewangan Berintegriti Melalui Pelaksanaan SPINE

Putrajaya, 14 September 2026 – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama IIM sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan integriti, governans dan pencegahan rasuah di peringkat kementerian. IIM berbesar hati diberi peluang menilai tahap pelaksanaan tersebut di MOF yang memainkan peranan strategik sebagai pusat rujukan pengurusan kewangan bagi perkhidmatan awam di Malaysia.

Dalam ucapan pembukaan, YBrs. Tuan Kamaruddin bin M Ripin, Ketua Unit Integriti MOF, menegaskan komitmen kementerian dalam memperkukuh integriti dan governans selari dengan peranan strategik MOF dalam pengurusan kewangan negara. Pelaksanaan SPINE juga selaras dengan visi MOF untuk menjadi peneraju pengurusan kewangan berintegriti serta misinya sebagai pusat rujukan pengurusan kewangan berintegriti.

Sesi penilaian dikendalikan oleh tiga orang pegawai dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM yang diketuai oleh Encik Nabil Eiman Azman, bersama Encik Abdul Rahman Abdullah dan Puan Fara Hasda Suhaimi. Pasukan penilai turut memberikan konsultasi serta input konstruktif yang disambut baik oleh pihak MOF bagi penambahbaikan dan memperkukuh keberkesanan sistem pengurusan integriti dan governans kementerian.

Dapatan dan syor penambahbaikan daripada sesi SPINE diharapkan dapat menjadi nilai tambah kepada MOF dalam memperkemas kawalan dalaman, dasar, prosedur serta mekanisme pengurusan integriti secara berterusan. Pengukuhan ini bukan sahaja penting di peringkat kementerian, malah dapat menyokong peranan strategik MOF sebagai pusat rujukan pengurusan kewangan perkhidmatan awam, sekali gus memastikan pengurusan kewangan awam terus berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti, tadbir urus yang baik dan integriti

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 305
JUMLAH PELAWAT : 485824

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 September 2026

Skip to content