Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 14 September 2026. Delegasi IIM diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM bersama barisan pegawai kanan IIM dan telah disambut baik oleh YDH. CP Dato’ Aida binti Abdul Hamid, Pengarah JIPS.
Kunjungan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta membincangkan ruang kerjasama strategik, khususnya dalam aspek pematuhan, perkongsian amalan terbaik tadbir urus dan integriti organisasi, selain penerokaan kerjasama dalam program latihan dan pendidikan berkaitan integriti dan tadbir urus baik.
Pertemuan ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara IIM dan JIPS dalam usaha bersama memperkasakan pembudayaan integriti, tadbir urus baik serta pematuhan dalam organisasi, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan ekosistem integriti di Malaysia.















