17 September 2026 3:33 am

Latihan Ethics & Integrity (E&I) Duopharma Biotech Berhad

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Latihan Ethics & Integrity (E&I) bagi Duopharma Biotech Berhad pada 14 September 2026. Sesi latihan yang diadakan di Duopharma Biotech Berhad, Cawangan Klang ini telah dihadiri seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Duopharma Biotech Berhad.

Pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan pengiktirafan Duopharma Biotech Berhad sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) Tahun 2025. Latihan ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan kesedaran warga kerja mengenai kepentingan etika, integriti dan akauntabiliti, di samping membudayakan amalan kerja berintegriti serta menyokong pengukuhan tadbir urus yang baik dalam organisasi.

Latihan ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Ruben Raj Samuel, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 19
JUMLAH PELAWAT : 485538

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 September 2026

Skip to content