14 September 2026 5:02 pm

Latihan Do The Right Thing (DTRT) Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Latihan Do The Right Thing (DTRT) siri 2/2026 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak pada 10 September 2026. Sesi latihan yang diadakan di Hotel Tanahmas Sibu ini telah dihadiri seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana dari pelbagai jabatan dan agensi Sarawak.

Latihan ini bertujuan mengaplikasikan konsep Do The Right Thing dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, di samping memperkukuh kefahaman peserta mengenai kepentingan etika, integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan. Melalui latihan ini, penekanan diberikan kepada pembudayaan amalan kerja yang berintegriti secara konsisten dalam organisasi bagi meningkatkan kepercayaan, keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta kualiti tadbir urus secara optimum.

Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Muhammad Rasyid bin Mohammad Rohim, konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 424
JUMLAH PELAWAT : 484899

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 September 2026

Skip to content