Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi (JPLR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Rimba Bukit Kerinchi.
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
PENGISIAN UTAMA & MATLAMAT LEIKA:
1. Konsep Responsible Tourist: Menggalakkan kesedaran dan tanggungjawab berterusan dalam kalangan pelancong serta komuniti setempat untuk memelihara kawasan pelancongan dan rekreasi.
2. Pemasangan Papan Tanda Mesej Integriti: Bakal dipasang di 10 lokasi taman rekreasi seliaan DBKL merangkumi Zon Utara, Selatan, Tengah, dan Pusat Kuala Lumpur sebagai medium pendidikan berterusan.
3. Evolusi Program: Berpaksikan kejayaan pelaksanaan bermula di Sabah (2023) dan perluasan ke 9 negeri di Semenanjung Malaysia (2024), kini inisiatif ini diperkukuh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4. Sokongan Agenda Global (SDG): LeIKA secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals):
SDG 13: Tindakan Iklim (Climate Action)
SDG 14: Kehidupan di Bawah Air (Life Below Water)
SDG 15: Kehidupan di Darat (Life on Land)
Integriti bukan sekadar amalan di tempat kerja, malah merangkumi adab, etika, dan nilai keprihatinan kita terhadap perlindungan biodiversiti serta alam sekitar. Ayuh bersama kita lahirkan masyarakat yang beretika dan bertanggungjawab!










