9 September 2026 8:34 pm

SESI SEMAKAN DAN KONSULTASI LAPANGAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) BERSAMA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)

Puchong, 8 September 2026 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjadi agensi seterusnya di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang meneruskan komitmennya dalam memperkukuh pembudayaan integriti, governans dan antirasuah menerusi pelaksanaan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Sesi dimulakan dengan Mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah LKIM, YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin dan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi, ketua jabatan serta pegawai-pegawai daripada jabatan dan unit yang terlibat sebagai manifestasi komitmen terhadap pemerkasaan integriti dan tadbir urus organisasi.

Delegasi penilai IIM diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), dengan dibantu oleh Encik Mazwane bin Musa selaku penilai kedua.

Sepanjang sesi berlangsung, pasukan penilai telah melaksanakan proses semakan pembuktian melalui penelitian dokumen serta sesi temu bual bersama pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan setiap elemen SPINE .Pendekatan ini membolehkan penilaian dibuat secara objektif, sistematik dan berasaskan bukti selaras dengan keperluan SPINE.

Pada akhir sesi, satu pembentangan hasil dapatan semakan telah dikemukan kepada Ketua Pengarah LKIM beserta barisan ahli mesyuarat. Melalui dapatan semakan dan syor penambahbaikan yang dikemukakan, diharap LKIM dapat terus memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus, berakauntabiliti dan berintegriti. Pelaksanaan SPINE diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan organisasi sektor awam yang berdaya tahan, berprestasi tinggi dan diyakini rakyat.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 354
JUMLAH PELAWAT : 483485

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 9 September 2026

Skip to content