Putrajaya, 27 Ogos 2026 – Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan bagi Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Pelaksanaan sesi dimulakan dengan mesyuarat pembukaan bersama Timbalan Ketua Pengarah Operasi, TKPjR Syamsul Badrin bin Mohshin. Sesi seterusnya,diteruskan dengan semakan dokumen, konsultasi dan perbincangan bersama barisan konsultan penilai Institut Integriti Malaysia (IIM).
Melalui sesi ini, dapatan semakan serta syor penambahbaikan yang dikenal pasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada RELA dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti, sejajar dengan komitmen ke arah tadbir urus sektor awam yang lebih mantap dan berimpak.
Sesi ini dikendalikan oleh barisan konsultan penilai IIM yang diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, bersama En. Muhammad Rasyid bin Mohammad Rohim. Sesi semakan dan konsultasi lapangan ini turut dihadiri oleh warga Unit Integriti, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).











