29 August 2026 9:51 am

Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – Satu lembaran baharu dalam pendidikan awal kanak-kanak telah tercipta dengan pelancaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa) di Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras.

Inisiatif strategik oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Kementerian Perpaduan Negara ini merupakan evolusi daripada Modul Integriti Prasekolah (MIPS) 2016. MIKa dibangunkan selaras dengan Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Prasekolah 2026 bagi menerapkan nilai integriti secara sistematik dan membina karakter positif seawal usia.

Pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Isteri Perdana Menteri; YB Datuk Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara); YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM serta barisan kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah IIM, dan Kementerian Perpaduan Negara selaku rakan kerjasama strategik MIKa.

MIKa bukan sekadar modul pendidikan; ia adalah satu seruan moral untuk kita semua membudayakan integriti sebagai pegangan hidup demi masa depan generasi Malaysia yang lebih cemerlang.

Tahniah IIM, terus komited membudayakan integriti seawal usia!

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 36
JUMLAH PELAWAT : 480010

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 29 August 2026

Skip to content