24 August 2026 4:32 pm

Lawatan akademik daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima lawatan akademik daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) pada 20 Ogos 2026 bertempat di Institut Integriti Malaysia (IIM). Lawatan yang disertai oleh seramai 37 orang pelajar Semester 5 Diploma Akauntansi bersama dua orang pegawai pengiring telah disambut baik oleh Encik Fison Hamdi bin Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB), bersama pegawai-pegawai kanan IIM.

Sesi lawatan akademik ini merupakan salah satu inisiatif pihak POLISAS dalam memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai perspektif industri, khususnya berkaitan peranan, fungsi serta usaha yang dilaksanakan oleh IIM dalam memperkukuh pembudayaan integriti di Malaysia.

Dalam sesi perkongsian tersebut, pihak IIM selaku peneraju pembudayaan integriti nasional telah memberikan penerangan secara umum berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM dalam usaha memperkukuh budaya integriti di Malaysia. Perkongsian turut memberi fokus kepada Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES), termasuk objektif, kumpulan sasar serta strategi yang digariskan dalam menjayakan agenda pembudayaan integriti di peringkat nasional.

Selain itu, para pelajar dan pegawai POLISAS turut diperkenalkan dengan inisiatif pembangunan belia melalui modul Integrity Youth Ambassador (IYA), yang memberi penekanan kepada pembangunan nilai dan amalan integriti dalam kalangan generasi muda, khususnya mahasiswa.

Lawatan akademik ini diharapkan dapat memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada para pelajar POLISAS serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap kepentingan integriti dalam kehidupan, pendidikan dan alam pekerjaan. Lawatan ini juga diharapkan menjadi titik permulaan kepada hubungan dan ke

rjasama yang lebih erat antara IIM dan POLISAS pada masa hadapan, khususnya melalui pelaksanaan program latihan, konsultansi, penilaian serta inisiatif pembangunan integriti yang ditawarkan oleh IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 267
JUMLAH PELAWAT : 478704

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 August 2026

Skip to content