Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Latihan Ethics & Integrity (E&I) bagi National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus yang diadakan di ibu pejabat NPRA, Petaling Jaya ini telah dihadiri seramai 46 orang warga kerja NPRA.
Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman peserta terhadap kepentingan integriti, tatakelola dan antirasuah dalam organisasi, di samping meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan risiko rasuah serta mengaplikasikan prinsip etika dan integriti dalam proses membuat keputusan di semua peringkat dan dalam pelbagai situasi. Kursus ini turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh pembudayaan integriti melalui pengamalan nilai-nilai integriti yang tinggi dalam organisasi.
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Ruben Raj Samuel, Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.










