Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dan Analisa Data bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) Tahun 2027–2031 pada 12 hingga 13 Ogos 2026. Bengkel yang diadakan di Ibu Pejabat STDC, Kuala Selangor ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah STDC.
Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan Pelan Antirasuah STDC yang akan menjadi panduan strategik dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta usaha pencegahan rasuah di STDC. Sepanjang bengkel ini, peserta telah melaksanakan proses mengenal pasti risiko rasuah, integriti dan tadbir urus serta melaksanakan analisis terhadap risiko-risiko yang telah dikenal pasti.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Muhammad Rasyid Mohammad Rohim, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.








