Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 23 – 24 Julai 2026. Kursus yang diadakan di Hillview Ballroom, Hotel Pulse Grande, Putrajaya ini telah dihadiri seramai 29 warga kerja PPj yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh komitmen warga kerja PPj dalam mengamalkan prinsip tatakelola yang baik, integriti dan antirasuah. Di samping itu, kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan pengurusan risiko rasuah serta mengaplikasikan prinsip etika dan integriti dalam proses membuat keputusan di semua peringkat dan dalam pelbagai situasi. Selain itu, kursus ini turut memperkukuh tanggungjawab setiap individu dalam membudayakan integriti dalam organisasi
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.










