18 July 2026 12:03 am

Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SIstem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Pekan, 16 Julai 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menjadi agensi keempat di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang telah selesai melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan bagi Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Pelaksanaan sesi dimulakan dengan majlis pembukaan yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersama-sama dengan barisan Pengarah-pengarah Bahagian dan warga Unit Integriti MUIP. Sesi penilaian lapangan ini diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia (IIM).

Sesi diteruskan dengan semakan dokumen, konsultasi dan perbincangan bersama di antara konsultan penilai dan warga Unit Integriti MUIP yang memberikan kerjasama penuh dalam melancarkan sesi penilaian ini. Sesi temubual dengan warga MUIP dan lawatan tapak turut dijalankan sebagai salah satu pembuktian fizikal bagi elemen berkaitan di dalam sistem SPINE.

Melalui sesi-sesi ini, dapatan semakan serta syor penambahbaikan yang dikenal pasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada pihak MUIP dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti, sejajar dengan komitmen ke arah tadbir urus sektor awam yang lebih mantap dan berimpak tinggi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 0
JUMLAH PELAWAT : 463504

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 July 2026

Skip to content