8 July 2026 4:16 am

Taklimat Budaya Kerja Berintegriti

Pada 7 Julai 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah berjaya melaksanakan sesi ceramah Taklimat Budaya Kerja Berintegriti bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Putrajaya. Program ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja MOSTI.

Sesi taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan pembudayaan integriti dalam persekitaran kerja serta memperkukuh amalan nilai-nilai murni, etika dan tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tugas harian. Pelbagai isu berkaitan integriti, akauntabiliti dan cabaran semasa di tempat kerja turut dikupas bagi memberikan perspektif yang lebih menyeluruh kepada para peserta.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah menunjukkan penglibatan yang amat baik melalui sesi perbincangan dan soal jawab secara dua hala. Pelbagai pandangan, pengalaman serta persoalan telah dikemukakan, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif. Maklum balas yang diterima juga menunjukkan bahawa program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan mengamalkan budaya kerja berintegriti sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang, berakauntabiliti dan dipercayai. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Konsultan, Encik Ruben Raj Samuel.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 33
JUMLAH PELAWAT : 459155

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 July 2026

Skip to content