4 July 2026 3:35 am

MARA Perkukuh Budaya Integriti dan Governans Melalui SPINE

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 29 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan organisasi dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta sistem penyampaian perkhidmatan yang telus dan berakauntabiliti. Inisiatif ini selaras dengan visi MARA untuk menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati dalam mengangkat martabat bangsa.

Sesi ini memberi ruang kepada pihak IIM untuk menyemak penilaian kendiri yang telah dikemukakan oleh MARA melalui portal SPINE, meneliti bukti sokongan serta mengadakan konsultasi bagi memperkukuh lagi pelaksanaan integriti dan governans organisasi. Pelaksanaan ini turut mencerminkan peranan aktif Unit Integriti MARA dalam menerajui pelbagai inisiatif strategik seperti MARA Bebas Rasuah, pemantapan tatakelola organisasi serta usaha memperkasakan budaya kerja berintegriti di setiap peringkat organisasi.

SPINE bukan sekadar proses penilaian, tetapi menjadi instrumen penambahbaikan berterusan bagi membantu organisasi menilai tahap pelaksanaan semasa, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh sistem pengurusan integriti dan governans dari semasa ke semasa. Seiring dengan sambutan 60 Tahun MARA, pelaksanaan ini menjadi pemangkin kepada MARA untuk terus meningkatkan standard tadbir urus organisasi serta memperkukuh keyakinan pelanggan dan masyarakat terhadap penyampaian perkhidmatannya. Sesi ini telah dikendalikan oleh barisan konsultan penilai IIM yang terdiri daripada Encik Nabil Eiman Azman, Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Muhammad Rasyid Mohammad Rohim.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 35
JUMLAH PELAWAT : 457687

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 4 July 2026

Skip to content