26 June 2026 6:40 pm

Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 2 Siri 8 & Tahap 3 Siri 2 bagi Zon Tengah

Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama-sama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dan Pentadbiran Bahagian Sibu telah melaksanakan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 2 Siri 8 & Tahap 3 Siri 2 bagi Zon Tengah. Seramai 85 orang peserta dari kalangan Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) telah hadir dalam kursus ini yang telah dilaksanakan pada 22 – 24 Jun 2026 bertempat di Li Hua Hotel Sibu.

Kursus MIKM Tahap 2 & 3 merupakan lanjutan dari tahap 1 yang dilaksanakan pada sebelum ini. Kursus ini merupakan salah satu iniasitif dalam memastikan pembudayaan amalan integriti dapat dipratikkan serta nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam kalangan KMKK selaku pemimpin komuniti di kawasan setempat.

Majlis Penutup bagi kursus kali ini disempurnakan oleh YB Dato’ Murshid DiRaja Datuk Dr Juanda bin Jaya, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman). Turut sama hadir YB Joseph Chieng Jin Ek Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Puan Zarina Amin Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK).

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Noranizam Nordin, Encik Hamzi Muhamad dan Encik Mohd Aliff Haiqal bin Mhd Suhaimi dari (PPIK) Institut Integriti Malaysia. Diharap melalui program ini mampu memberi impak yang positif kepada KMKK di Sarawak.

Salam Segulai Sejalai

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 344
JUMLAH PELAWAT : 454616

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 26 June 2026

Skip to content