19 June 2026 8:32 pm

KLINIK SISTEM INTEGRITI KORPORAT MALAYSIA (CISM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Klinik Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada 18 Jun 2026 bertempat di Menara Integriti, IIM bagi membantu organisasi yang masih berdepan cabaran dalam melengkapkan pelaksanaan inisiatif CISM.

Klinik ini memberi tumpuan kepada peserta CISM yang telah lama berada pada peringkat pelaksanaan inisiatif dan memerlukan bimbingan lanjut bagi memastikan proses tersebut dapat diteruskan dengan lebih tersusun. Siri pertama Klinik CISM ini, mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 25 orang peserta daripada pelbagai syarikat.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM dan diteruskan dengan sesi bimbingan yang dikendalikan oleh Pn. Wan Nabilah Meor Mohd Jamil dan Pn. Shafinas Daud, Konsultan IIM.

Sepanjang klinik berlangsung, para peserta diberi pendedahan secara praktikal mengenai kaedah menjawab 85 soalan inisiatif CISM serta keperluan dokumen sokongan yang perlu disediakan. Pendekatan ini bertujuan membantu peserta memahami kehendak penilaian dengan lebih jelas, sekali gus memudahkan organisasi melengkapkan pelaksanaan CISM.

Sesi soal jawab turut mendapat sambutan aktif daripada peserta, dengan pelbagai isu dan cabaran pelaksanaan dikongsikan secara terbuka. Maklum balas yang diterima juga sangat positif, khususnya terhadap pendekatan klinik yang lebih interaktif, berfokus dan membantu menyelesaikan kekeliruan peserta.

Penganjuran Klinik CISM ini diharap dapat terus menjadi platform sokongan kepada organisasi dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus dan pematuhan secara lebih berkesan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
KURSUS ETIKA KERJA

25 May 2026

Kursus Etika Kerja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 21 Mei 2026 sebagai salah satu inisiatif Institut Integriti Malaysia...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 512
JUMLAH PELAWAT : 450999

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 19 June 2026

Skip to content